Soalan: Adakah saya perlu menghantar
gambar secara hardcopy untuk Laporan Prestasi Tahunan ?
Jawapan: Tidak perlu, Pihak Rekod &
Dokumentasi telah menghantar surat arahan terkini untuk pihak tadbir Pangkalan
mengkordinasi satu sesi pengambilan gambar di cawang foto Pangkalan dan menghantar semua gambar-gambar anda
bersama Laporan Prestasi Tahunan secara pukal dalam bentuk softcopy.
Soalan: Adakah
pencalonan untuk P2 masih ada, Jika ada apakah garis panduan yang perlu saya
ikuti?
Jawapan:
Pencalonan untuk tangga gaji P2 masih boleh diberikan kepada Pegawai berpangkat
Lt M TUDM hingga Mej TUDM dan anggota-anggota LLP berpangkat Laskar Udara hingga
Pegawai Waran Udara II yang masih tidak dinaikkan ke pangkat yang baru selepas
31.12.2010 dan masih menerima gaji P1 sebelum 31.12.2010.