Wednesday, 11 November 2020
Thursday, 28 February 2019
ARAHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN HRMIS ATM BAGI MODUL PELAPORAN HARTA
Assalamualaikum
dan selamat pagi warga tudm. Berikut adalah arahan perlaksanaan penggunaan
HRMIS ATM bagi modul pelaporan harta.
Klik Disini Arahan Perlaksanaan
Klik Disini PMAT BIL 3 2006
Monday, 14 January 2019
BORANG LAPORAN PERMASALAHAN HRMIS TUDM
1. Sebarang masalah berkaitan HRMIS TUDM, semua anggota dikehendaki mengisi borang ini dan diserahkan kembali ke email: bsmrekod@mod.gov.my
Klik Disini untuk mendapatakan Borang Laporan Permasalahan HRMIS TUDM
Klik Disini untuk mendapatakan Borang Laporan Permasalahan HRMIS TUDM
Friday, 22 July 2016
PANDUAN MENGEMASKINI REKOD PERIBADI HRMIS ATM
1. Untuk makluman semua Ketua Kerani, Kerani Rekod Pasukan dan Pegawai Pengesah Rekod, Panduan untuk mengemaskini Rekod Peribadi dan Pengesah Rekod telah di sediakan di dalam ruangan TAB HRMIS ATM. Sila lihat panduan yang telah disediakan. Terima kasih.
Thursday, 21 July 2016
ARAHAN PELAKSANAAN CARUMAN WAJIB LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA BAGI PEGAWAI ATM
Rujuk:
A. BPA-UGAT(TAD-DT).400-2/1/2-(14) bertarikh 31 Mei 16.
B. MTU(BSM).400-3/12/1 bertarikh 19 Jul 16.
C. MTU(PKHD).400-3/12/1 bertarikh 21 Jul 16.
A. BPA-UGAT(TAD-DT).400-2/1/2-(14) bertarikh 31 Mei 16.
B. MTU(BSM).400-3/12/1 bertarikh 19 Jul 16.
C. MTU(PKHD).400-3/12/1 bertarikh 21 Jul 16.
1. Berhubung dengan perkara dan rujuk di atas, bahagian ini mengambil inisiatif bagi membantu melicinkan arahan dari pihak MTU-Perkhidmatan dengan memberikan kemudahan untuk semua Bilik rentah Pangkalan dan Unit-Unit TUDM memuat turun surat dan borang yang perlu di penuhkan oleh semua Pegawai-Pegawai TUDM. Borang terbebut boleh di 'download' melalui pautan yang disediakan di bawah.
Monday, 18 July 2016
LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN 2016
1. Untuk makluman semua Markas, Pangkalan dan Unit-Unit Lodger. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun 2016 perlu dihantar menggunakan kaedah biasa. Sistem HRMIS ATM bagi Modul LNPT masih belum bersedia untuk digunakan. Namun begitu bagi LNPT 2016 semua Markas, Pangkalan dan Unit-Unit Lodger, Butir - Butir Peribadi yang di cetak melalui sistem HRMIS ATM haruslah disertakan bersama.
2. Kerani Dokumen Pegawai dan LLP dikehendaki mengemaskini data-data peribadi semua calon-calon yang di sokong untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Butir-butir peribadi tersebut hendaklah di sahkan, dicetak dan ditandatangani oleh Pegawai Perkhidmatan Anggota.
3. Bagi Pegawai dan anggota LLP yang tidak dicalonkan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dikehendaki memajukan bersama BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN PEGAWAI DAN ANGGOTA LLP yang telah dipinda kerana di asingkan mengikut status Bujang/Berkahwin/Duda atau Janda. Borang tersebut perlu dihantar bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 2016. Sila rujuk kepada arahan terkini yang telah dimajukan oleh pihak MTU-Rekod dan Dokumentasi. Perubahan ini dibuat bagi memudahkan pegawai dan anggota LLP untuk mengisi borang tersebut. Ia juga akan memudahkan pihak MTU-Rekod dan Dokumentasi untuk membuat pengemaskinian ke dalam sistem HRMIS ATM. Borang boleh di 'download' mengikut pautan di bawah.
4. Sebarang permasalahan boleh hubungi 03-20715197 / 4116 / 4610
4. Sebarang permasalahan boleh hubungi 03-20715197 / 4116 / 4610
Thursday, 6 August 2015
BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN PEGAWAI DAN ANGGOTA LLP
1. Tentera Udara Diraja Malaysia telah mula menggunakan Pangkalan Data HRMIS ATM sejajar dengan arahan YBhg Panglima Angkatan Tentera bermula April 2015. Oleh yang demikian pihak BSM sangat memerlukan maklumat tambahan Pegawai dan anggota LLP bagi mengemaskini data-data sedia ada. Justeru, bagi memudahkan dan membantu melancarkan pentadbiran Ketua Cawang Tadbir, Pegawai Perhidmatan Anggota dan Ketua Kerani Markas/Pangkalan. Semua Pegawai yang berpangkat Lt Kol TUDM ke bawah dan semua peringkat anggota LLP diminta untuk memuat turun borang yang disediakan dan menghantar ke pihak BSM bersama-sama Lapuran Prestasi Tahunan 2015. Sila Klik pautan dibawah untuk memulakan proses muat turun.
Subscribe to:
Posts (Atom)