1. Untuk makluman semua Markas, Pangkalan dan Unit-Unit Lodger. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun 2016 perlu dihantar menggunakan kaedah biasa. Sistem HRMIS ATM bagi Modul LNPT masih belum bersedia untuk digunakan. Namun begitu bagi LNPT 2016 semua Markas, Pangkalan dan Unit-Unit Lodger, Butir - Butir Peribadi yang di cetak melalui sistem HRMIS ATM haruslah disertakan bersama.
2. Kerani Dokumen Pegawai dan LLP dikehendaki mengemaskini data-data peribadi semua calon-calon yang di sokong untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Butir-butir peribadi tersebut hendaklah di sahkan, dicetak dan ditandatangani oleh Pegawai Perkhidmatan Anggota.
3. Bagi Pegawai dan anggota LLP yang tidak dicalonkan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dikehendaki memajukan bersama BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN PEGAWAI DAN ANGGOTA LLP yang telah dipinda kerana di asingkan mengikut status Bujang/Berkahwin/Duda atau Janda. Borang tersebut perlu dihantar bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 2016. Sila rujuk kepada arahan terkini yang telah dimajukan oleh pihak MTU-Rekod dan Dokumentasi. Perubahan ini dibuat bagi memudahkan pegawai dan anggota LLP untuk mengisi borang tersebut. Ia juga akan memudahkan pihak MTU-Rekod dan Dokumentasi untuk membuat pengemaskinian ke dalam sistem HRMIS ATM. Borang boleh di 'download' mengikut pautan di bawah.
4. Sebarang permasalahan boleh hubungi 03-20715197 / 4116 / 4610
4. Sebarang permasalahan boleh hubungi 03-20715197 / 4116 / 4610
No comments:
Post a Comment