Pages

Thursday, 6 November 2014

SALURAN TINDAKAN LAPORAN PENILAIAN (BAT D 11 A/B DAN BAT D 30 A/B)



1.         Sel Rekod dan Dokumentasi mendapati setiap tahun pihak Pangkalan dan Unit-Unit TUDM akan membuat panggilan telefon bertanyakan tentang saluran tindakan Laporan Prestasi Tahunan Pegawai dan LLP. Untuk pengetahuan semua, pihak Jabatanarah Perkhidmatan telah mengeluarkan surat arahan tersebut melalui rujuk MTU/TAD(PKHD)/701/3 bertarikh08 Nov 2005.

2.         Justeru, bagi memudahkan pihak Pangkalan dan Unit, bersama-sama ini disertakan Kembaran B kepada surat arahan tersebut sebagai panduan bagi saluran tindakan memproses Laporan Penilaian Prestasi.

Tuesday, 21 October 2014

PENAFIAN KEPERLUAN NO KAD PENGENALAN AWAM 12 ANGKA BAGI LAPORAN PRESTASI TAHUNAN 2014

1. MTU-Rekod & Dokumentasi telah mendapat beberapa panggilan telefon bertanyakan tentang keperluan no tentera dan no kad pengenalan awam 12 angka bagi Laporan Prestasi Tahunan 2014. Untuk pengetahuan semua,  Pihak MTU-Rekod & Dokumentasi tidak pernah mengeluarkan arahan  memasukkan no kad pengenalan awam 12 angka di ruangan No Tentera.

2. Keperluan tersebut telah dimajukan melalui KAWAT dari pihak MTU-Perkhidmatan yang jelas menyatakan hanya untuk Laporan Prestasi Tahunan bagi Pegawai dan anggota LLP KAGAT sahaja. Sila rujuk KAWAT berikut:

                a. MTU/TAD(PKHD)/454/2014 KTW 232219H SEP 2014.
                b. KAGAT/(PSM-PEG)/1100 (586) KTW 171637H SEP 2014.

3. Justeru, pihak tadbir Pangkalan dan Unit diminta untuk menjelaskan perkara ini kepada semua lapisan Pegawai dan anggota TUDM.

Tuesday, 14 October 2014

SELAMAT DATANG KE SEL REKOD & DOKUMENTASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sel Rekod dan Dokumentasi merupakan salah satu sel di bawah Markas Tentera Udara, Bahagian Sumber Manusia. Sel ini bertanggungjawab ke atas rekod peribadi anggota TUDM. Justeru, blog ini diwujudkan bagi menambahbaik perkhidmatan kepada pelanggan kami iaitu seluruh warga TUDM. Hal ini seiring dengan visi, misi dan objektif sel ini.


VISI SEL REKOD
KOMITED KE ARAH MENYIMPAN DAN
MENYEDIAKAN REKOD-REKOD PERIBADI
PEGAWAI DAN  ANGGOTA TETAP TUDM
 DENGAN LENGKAP.

MISI SEL REKOD 
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN
CEMERLANG DALAM PENGURUSAN
REKOD PEGAWAI DAN ANGGOTA TETAP
SEJAJAR DENGAN KEHENDAK
PERKHIDMATAN.

OBJEKTIF SEL REKOD
MENYEDIAKAN MAKLUMAT
BERKENAAN DENGAN STATISTIK
DAN DATA KEANGGOTAAN TUDM
BAGI KEGUNAAN BSM DALAM
MELAKSANAKAN OPERASI
 HARIAN.