Pages

Tuesday, 21 October 2014

PENAFIAN KEPERLUAN NO KAD PENGENALAN AWAM 12 ANGKA BAGI LAPORAN PRESTASI TAHUNAN 2014

1. MTU-Rekod & Dokumentasi telah mendapat beberapa panggilan telefon bertanyakan tentang keperluan no tentera dan no kad pengenalan awam 12 angka bagi Laporan Prestasi Tahunan 2014. Untuk pengetahuan semua,  Pihak MTU-Rekod & Dokumentasi tidak pernah mengeluarkan arahan  memasukkan no kad pengenalan awam 12 angka di ruangan No Tentera.

2. Keperluan tersebut telah dimajukan melalui KAWAT dari pihak MTU-Perkhidmatan yang jelas menyatakan hanya untuk Laporan Prestasi Tahunan bagi Pegawai dan anggota LLP KAGAT sahaja. Sila rujuk KAWAT berikut:

                a. MTU/TAD(PKHD)/454/2014 KTW 232219H SEP 2014.
                b. KAGAT/(PSM-PEG)/1100 (586) KTW 171637H SEP 2014.

3. Justeru, pihak tadbir Pangkalan dan Unit diminta untuk menjelaskan perkara ini kepada semua lapisan Pegawai dan anggota TUDM.

No comments:

Post a Comment