FAQ's

Soalan: Adakah saya perlu menghantar gambar secara hardcopy untuk Laporan Prestasi Tahunan ?
   
Jawapan: Tidak perlu, Pihak Rekod & Dokumentasi telah menghantar surat arahan terkini untuk pihak tadbir Pangkalan mengkordinasi satu sesi pengambilan gambar di cawang foto Pangkalan  dan menghantar semua gambar-gambar anda bersama Laporan Prestasi Tahunan secara pukal dalam bentuk softcopy.

Soalan: Adakah pencalonan untuk P2 masih ada, Jika ada apakah garis panduan yang perlu saya ikuti?

Jawapan: Pencalonan untuk tangga gaji P2 masih boleh diberikan kepada Pegawai berpangkat Lt M TUDM hingga Mej TUDM dan anggota-anggota LLP berpangkat Laskar Udara hingga Pegawai Waran Udara II yang masih tidak dinaikkan ke pangkat yang baru selepas 31.12.2010 dan masih menerima gaji P1 sebelum 31.12.2010.